Thursday, November 11, 2010

SIFAT-SIFAT NABI MUHAMMAD S.A.W

Keadaan Fizik Nabi Muhammad S.A.W.

Diriwayatkan dari Ya'kub Bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan Bin Ali R.A berkata; ?¢€?Pernah aku menanyai pakciku dari sebelah ibu Hind bin Abu Halah yang mana, aku tahu dia memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah S.A.W. Padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat baginda yang dapat aku contohi, maka dia berkata; Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnama, tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya. Apabila Baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua dada dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila beliau berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya. Apabila baginda mengangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan dia lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang dia memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.?¢€?

Sifat Nabi Muhammad S.A.W Sehari-hari.

         Aku bertanya pula kepada pakciku; ?¢€?"Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya!?¢€? Jawab pakciku; ?¢€?"Adalah Rasulullah S.A.W itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beistirehat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.?¢€?

       Didalam riwayat yang lain, dikatakan bahawa apabila baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya. Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila baginda marah akan terus berpaling dari arah yang menyebabkan baginda marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, ketawanya adalah seperti embun yang dingin. Berkata Al-Hasan lagi: ?¢€?"Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan pamanku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia juga telah menanyakan ayahku, Ali bin Abu Thalib R.A tentang cara pergaulan baginda dan semasa baginda di rumah, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah S.A.W itu.

 Keadaan Nabi Muhammad S.A.W Semasa Di Rumah.

    Berkata Al-Hasan R.A lagi: ?¢€?"Aku juga pernah menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah S.A.W ke rumah lalu ayahku menjawab; Masuknya baginda ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan apabila baginda berada di dalam rumahnya dibahagikan masanya kepada tiga bahagian. Satu bahagian khusus untuk Allah ta'ala, satu bahagian untuk isteri-isterinya, dan satu bahagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian dijadikan bahagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua orang yang datang maupun yang khusus, tiada seorang pun dibezakan dari pada yang lain. Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, dia selalu memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama. Ada yang keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu, maka baginda akan duduk dengan mereka dan melayani semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan ummat secara umum. Baginda akan menunjukkan kepada mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang patut dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan mengingat mereka; "Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa yang tidak hadir. Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa, niscaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat", tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja. Baginda tidak menerima dari bicara yang lain kecuali sesuatu untuk masalah ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah, namun mereka tiada meninggalkan tempat melainkan dengan berisi.?¢€? Dalam riwayat lain mereka tiada berpisah melainkan sesudah mengumpul banyak faedah, dan mereka keluar dari majelisnya sebagai orang yang ahli dalam hal-ehwal agamanya.

Keadaan Nabi Muhammad S.A.W Semasa Berada Di Luar Rumah.

    Berkata Al-Hasan R.A lagi: ?¢€?"Kemudian saya bertanya tentang keadaan baginda semasa di luar, dan apa yang dibuatnya??¢€? Ayahku menjawab; ?¢€?"Adalah Rasulullah SAW ketika di luar, senantiasa mengunci lidahnya, kecuali jika memang ada kepentingan untuk ummatnya. Dia selalu beramah-tamah kepada mereka, dan tidak kasar dalam bicaranya. Baginda senantiasa memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak. Kadang-kadang dia mengingatkan orang ramai, tetapi dia senantiasa menjaga hati mereka agar tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan akhlaknya yang mulia. Baginda selalu menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan selalu bertanyakan berita orang ramai dan apa yang dibebani mereka. Mana yang baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang buruk dicela dan dicegahkan. Baginda senantiasa bersikap pertengahan dalam segala perkara, tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka juga tidak suka lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga, tidak pernah meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran. Orang-orang yang senantiasa mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat, yang paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban dan membantu dalam apa keadaan sekalipun.

 Keadaan Nabi Muhammad S.A.W Ketika Menghadiri Majlis.

    Berkata Al-Hasan R.A; ?¢€?Saya lalu bertanya pula tentang majelis Nabi SAW dan bagaimana caranya??¢€? Jawab ayahandaku; Bahawa Rasulullah S.A.W tidak duduk dalam sesuatu majlis, atau bangun daripadanya, melainkan baginda berzikir kepada Allah S.W.T, baginda tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu. Apabila baginda sampai kepada sesuatu tempat, di situlah baginda duduk sehingga selesai majlis itu dan baginda menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di majlisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan lebih darinya. Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu masalah, dia terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali. baginda tidak pemah menghampakan orang yang meminta daripadanya sesuatu keperluan, jika ada diberikan kepadanya, dan jika tidak ada dijawabnya dengan kata-kata yang tidak mengecewakan hatinya. Budipekertinya sangat baik, dan perilakunya sungguh bijak. Baginda dianggap semua orang seperti ayah, dan mereka dipandang di sisinya semuanya sama dalam hal kebenaran, tidak berat sebelah. Majlisnya semuanya ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pemah terdengar suara yang tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarangi, tidak disebut yang jijik dan buruk, semua orang sama kecuali dengan kelebihan taqwa, semuanya merendah diri, yang tua dihormati yang muda, dan yang muda dirahmati yang tua, yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu didahulukan.

Nabi Muhammad Ketika Bersama Sahabat-sahabatnya.

    Berkata Al-Hasan R.A; ?¢€?"Saya pun lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah SAW pada orang-orang yang selalu duduk-duduk bersama-sama dengannya? Jawab ayahandaku; ?¢€?"Adalah Rasulullah S.A.W selalu periang orangnya, pekertinya mudah dilayan, selalu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis, tidak kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor, tidak banyak bergurau atau beromong kosong, segera melupakan apa yang tiada disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang berikut; Baginda tidak suka mencela orang dan memburukkannya. Baginda tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala. Apabila baginda berbicara, semua orang yang berada dalam majlisnya akan memperhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang bertenggek di atas kepala mereka. Bila dia berhenti berbicara, mereka baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam seribu basa. Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya. Baginda akan tertawa bila dilihatnya mereka tertawa, dan baginda merasa takjub bila mereka merasa takjub. baginda selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga para sahabatnya merasa kurang senang dengan badwi itu, tetapi baginda tetap menyabarkan mereka dengan berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan menghardiknya!". Baginda juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan kalau mereka mau memujinya pun, baginda tidak menggalakkan untuk berbuat begitu. baginda tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara, lalu barulah baginda berbicara, atau dia menjauh dari tempat itu.

Nabi Muhammad S.A.W. Ketika Mendiamkan Diri.

    Berkata Al-Hasan R.A; ?¢€?Saya pun menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya??¢€? Jawab ayahku; ?¢€?Diam Rasulullah S.A.W bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, iaitu: Kerana adab sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di antara manusia, dan kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan kesabaran. Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci, dan terkumpul dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang lain. Dia meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.?¢€?

from irahza
http://blogs.muxlim.com/irahza/sifat-sifat-nabi-muhammad-saw/

Tuesday, November 2, 2010

REZEKI ITU SUDAH DIATUR

Oleh : H.K
 
Assalamualaikum Wr.Wb
 
    Kalau melihat kondisi perekonomian saat ini dimana kemiskinan meningkat, pengangguran bertambah dan kejahatan pun merajalela. Miris hati kita melihat fenomena tesebut. Kenapa hal ini terjadi? Apakah ini Allah swt sedang menimpakan azab atau Allah swt sedang memebrikan ujian?.
 
    Jawabannya adalah tergantung dari keimanan manusia itu sendiri. Jika manusia sudah mencapai maqam tertinggi dari Iman maka ini merupakan sebuah ujian seperti yang tertuang dalam surat Al An kabuut ayat 2.
 
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? ".
 
 
Dan bagi mereka yang keimanannya yang rendah dan berkubang dengan kemaksiatan inilah azab bagi mereka. seperti yg diterangkan dalam surat Al Ankabut ayat 4.
 
"Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput (dari azab) Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu". 
 
    Begitu juga dengan kemiskinan, apakah Allah pelit dengan orang miskin sehingga mereka hidup dengan penuh kesengsaraan?. Sesungguhnya pernyataan ini tidaklah pantas ditujukan kepada penguasa alam ini. Allah swt memberikan rezeki itu adil, hanya manusia itu saja yg tidak menyadari bahwa dibalik kemiskinan itu tersembunyi hikmah yang hasilnya itu merupakan bentuk kekayaan yang kekal.
 
    Tidak hanya manusia saja yang diberikan rezeki oleh Allah, bahkan orang kafir pun masih di ijabah doanya oleh Allah. Misalnya MAHATMA GANDHI , dia mengatakan "
 
Seandainya dulu saya tidak melakukan sembahyang , maka pasti saya sekarang telah menjadi gila sejak dulu.
 
    Bukankah gandhi itu itu bukan seorang muslim?. Dia berada di dalam kesesatan. namun dia teguh dalam suatu keyakinan beragama. Sehingga Allah memberikan rezeki bagi negara India  dengan kemerdekaannya. Tidak hanya manusia, binatang pun diberi rezeki pula oleh Allah swt, seperti yang diterangkan dalam surat Hud ayat 6
 
"Dan tidak ada suatu binatang melata[709] pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya[710]. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh)".
 
Dan juga dalam suatu hadits.
 
''Sebagaimana burung yang diberi rezeki yang terbang dengan perut kosong dan kembali dengan perut kenyang''. ( Al hadits)
 
Sementara kita yang lebih suci dari binatang dan orang kafir tidak perlulah bersedih. Belum tentu orang yang sekarang  sedang menikmati kekayaan itu bahagia dalam arti yang sesungguhnya. Mereka terkadang lupa dan meninggalkan apa yang diperintahkan oleh si penguasa alam ini. Jangan pernah bersedih dengan kemiskinan, Allah sudah mengatur semua rezeki untuk kita.
 
....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
(Al Baqarah : 216).
 
 
wassalamualaikum